Seorang yang berjaya, seorang yang gagal


Seorang Yang Berjaya, Seorang Yang Gagal.

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat

Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi


Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”

Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”


Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah

Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan


Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”

Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”


Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”

Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”


Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen

Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji


Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita

Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha


Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”

Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”


Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah

Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang


Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi

Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi


Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya

Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya


Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan

Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

sumber ni saya ambil daripada seseorang...saya tak pasti blog mane dh lama sangat dalam simpanan..mohon kongsi ye


PESAN BESTARI

KALAU TIDAK MENJADI MERANTI DI PUNCAK BUKIT,
JADILAH RUMPUT..TETAPI RUMPUT YANG PALING CANTIK
 DI LERENG BUKIT...

KALAU TIDAK MENJADI TERATAI DI DADA TASIK, JADILAH AUR..
TETAPI AUR YANG PALING ANGGUN DI PINGGIR KALI..

KALAU TIDAK MENJADI BULAN PURNAMA DI MALAM HARI,
JADILAH BINTANG..TETAPI BINTANG YANG PALING TERANG
CAHAYANYA DI BUMI..

BERUSAHALAH YANG TERBAIK 
SEKADAR YANG TERMAMPU..

WALAUPUN HASILNYA TIDAK SEMPURNA..
TETAPI IA MASIH BERGUNA..

Renungan...


Sesungguhnya


kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah fikiran,


kemelaratan yang paling parah adalah kebodohan,


kesepian yang paling menakutkan ialah perasaan bangga kepada diri sendiri


dan keturunan yang paling Mulia ialah budi pekerti yang luhur


(Ali Ibn Abi Talib)

Tatabahasa

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh

benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer baru.


haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.


manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.


·  Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.

       Contoh:

1   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

·  Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 
       permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.

       Contoh:

1   Masjid itu baru siap dibina.
2   “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

          

KATA NAMA KHAS


Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Khas

Contoh
Ayat Contoh
benda
Perodua Kelisa, Colgate, Salem, Mercedes Benz, Nissan Sentra, JVC, Blaufunk, Ray Ban, Polo, Bata, Byford, Utusan Malaysia,
Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok
1  Kakak memakai seluar jean berjenama
    Lee.
2  Radionya jenis Nasional.
3  Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
haiwan
Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa
1 Si Comel manja dengan tuannya.
2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
manusia
Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana
1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam 
    ujiannya.
3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
tempat
Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya
1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal
    selama beberapa hari.
2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
3 Kakitangan pejabat itu melancong ke
    Pulau Bali.


·  Dalam penulisan, kata-kata khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.
       Contoh:
                1   Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan.
               


KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasil daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapat membentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an, peN-…-an, peN-, ke-…-an, peR-…-an, dan sebagainya.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Kata
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan

Kata Nama
menteri, guru, jalan, rumah, kebun, raja, pulau, rakyat, harta, berita, darat
kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, perkebunan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan
Kata Kerja
minum, mati, soal, cuci, didik, pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, baca
minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca
Kata Adjektif
jujur, riang, cantik, besar, suci, kotor, jahat, jahil, mudah, kaya, manis, bulat
kejujuran, keriangan, kecantikan, kebesaran, kesucian, kekotoran, kejahatan, kejahilan, kemudahan, kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan
Kata Sendi Nama
oleh, untuk
perolehan, peruntukan
Kata Hubung
kecuali, serta
kekecualian, penyertaan, peserta

Ayat contoh:
1   Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
      sosial di kalangan pelajar pada masa kini.
2   Tulisannya seperti cakar ayam.
3   Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini.

SELAMAT DATANG KE LAMAN NUKILANKU

Takwim