Kata Bantu


KATA BANTU

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja. Dalam binaan ayat, kata bantu ini hadir sebelum kata kerja.

Dalam bahasa Melayu baku, kata bantu dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut:
                a)   Kata bantu aspek
                b)   Kata bantu ragam

a)   Kata Bantu Aspek
               
Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menerangkan perbuatan atau kata kerja dari segi masa sama ada belum dilakukan, sedang dilakukan, atau sudah dilakukan.

Perhatikan contoh di bawah ini.


Kata Bantu Aspek

Sudah dilakukan

Sedang dilakukan
Belum dilakukan
pernah
telah
sudah

masih
sedang
akan
belum


Ayat contoh:

1.   “Saya pernah ditahan oleh polis kerana memandu kereta melebihi had laju,” kata Albert.
2.   Abang Zaini telah berangkat ke London pada minggu lalu.
3.   Kasmah sudah menyiapkan hidangan tengah hari untuk kami sekeluarga.
4.   Pak Man masih tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah pusaka itu.
5.   Fuad sedang membanting padi di belakang rumahnya.
6.   “Saya akan menjelaskan perkara ini kepada kamu apabila sampai masanya nanti.
7.   Cikgu Hashim belum membalas kad ucapan Hari Raya yang saya kirimkan kepadanya itu.

·  Dalam penulisan kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama.

 

Contoh:



                             belum pernah                                  sudah pernah
                             masih belum                                   telah pernah
                              masih sedang
 






Ayat contoh:

1.   Ibunya belum pernah menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur.
2.   Adik masih belum bangun daripada tidur sewaktu ibu keluar pada pagi tadi.
3.   Abang masih sedang membaca buku di bilik bacaan.
4.   Kamil sudah pernah menjuarai pertandingan pidato peringkat kebangsaan.
5.   Adila telah pernah ditawarkan berlakon drama oleh pihak TV3.

b)   Kata Bantu Ragam

Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan iaitu sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan atau berkeupayan melakukan sesuatu perbuatan.
Perhatikan contoh di bawah ini.


Kata Bantu Ragam

hendak
mahu

harus
mesti
boleh
dapat


Ayat contoh

1.   Abang dan rakan-rakan hendak ke Putrajaya pada cuti persekolahan yang akan datang.
2.   Sebagai rakyat yang baik kita mesti taat kepada raja dan negara.
3.   Kata Cikgu Maya kepada Aida, “Kamu boleh menyertai lawatan ini dengan syarat, kamu mendapat
      kebenaran daripada ibu bapa kamu.”
4.   Harun dapat menyiapkan tugasan itu dalam masa yang singkat sahaja.

·  Dalam penulisan, kata bantu ragam boleh hadir bersama-sama dengan kata bantu aspek sama ada secara mendahuluinya atau mengikutinya.
       Perhatikan contoh di bawah ini.

Kata Bantu Aspek
+
Kata Bantu Ragam
Kata Bantu Ragam
+
Kata Bantu Aspek
akan dapat
belum boleh
belum hendak
sedang hendak
harus sudah
harus telah
mesti akan
mesti sudah
mesti telah

Ayat contoh

1.   Adik belum boleh pergi ke bandar bersendirian kerana dia masih kecil.
2.  Razak harus telah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zainab.
3.  Ayah sedang hendak ke pejabat ketika ibu menyampaikan berita tentang kematian nenek 
     kepadanya.
4.  Kata Meor, “Saya yakin bahawa Abu mesti akan datang ke mari kerana dia telah berjanji kepada
      saya untuk pergi berburu di hutan dengan saya.”

·  Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan panggunaan kata bentu seperti yang berikut:-
1.       Kesalahan menggunakan kata bantu boleh untuk menggantikan tempat kata bantu dapat dalam
ayat.

              Contoh

                1.a)   Amira tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (X)
                   b)   Amira tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (√)
               
         2.   Kesalahan menggunakan kata bantu hendak sebagai kata tanya dalam ayat tanya.

               Contoh:

                1.a)   “Hendakkah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (X)
                   b)   “Mahukah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (√)

Latihan 2


Bahagian A: (10 markah)

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

1.     Nelayan itu menangkap ikan dengan menggunakan ______ jala.
A.          serawan
B.          sehelai
C.          serangkap
D.          sekeping

2.     ______ merpati telah hinggap di atas dahan pokok jambu.
A.          Sebuah
B.          Secebis
C.          Selaras
D.          Seekor

3.     Bapa menghadiahkan ibu ______ rantai emas.
A.          sebutir
B.          sebentuk
C.          seutas
D.          seulas

4.     Mariam tertinggal ______ payung di dalam bas.
A.          sebatang
B.          sekaki
C.          sepatah
D.          segulung

5.     Abang membeli tiga ______ majalah hiburan.
A.          biji
B.          naskah
C.          bilah
D.          ruas

Bahagian B: (10 markah)

Isikan tempat kosong ini dengan kata ganda yang sesuai.

lintang- pukang           calar-balar                  kering-kontang
gelap-gelita                gunung-ganang           rumput-rampai
kusut-masai


6.     Halaman rumah yang terbiar itu penuh dengan ____________.

7.     Kakinya ____________kerana terkena duri pokok.

8.     Sungai itu menjadi ____________akibat kemarau yang berpanjangan.

9.     Dia lari ____________kerana dikejar anjing.

10.    Sukar untuk menyikat rambut yang ____________.


http://tatabahasabm.tripod.com Latihan 3.3

Bahagian A: (10 markah)
Pilih perkataan seerti/seiras maknanya dengan perkataan yang bergaris bawah bagi setiap item di bawah ini.

1.           Zaki menyimpan wang pemberian bapanya.
a.   syiling
b.   nota
c.    duit
d.   kantung

2.           Kakak sangat rajin belajar.
a.   tangkas
b.   malas
c.    tekun
d.   ghairah

3.           Emak sidai kain yang telah dicuci.
a.   angkat
b.   lipat
c.    gosok
d.   jemur

4.           Zarinah susun buku-bukunya di rak-rak.
a.   pegang
b.   atur
c.    angkat
d.   buang

5.           Dia suka makan soto ayam.
a.   semayam
b.   gigit
c.    beradu
d.   santap

Bahagian B: (10 markah)
Pilih perkataan berlawan/berpasang maknanya dengan perkataan yang bergaris bawah bagi setiap item.

6.           Budak perempuan itu sangat bijak.
a.   hodoh
b.   bodoh
c.    kuat
d.   cepat

7.           Siti meminta izin ibu bapanya untuk pergi ke perpustakaan.
a.   larang
b.   hantar
c.    henti
d.   mohon

8.           Itu bukan tandas wanita.
a.   teruna
b.   budak
c.    orang
d.   lelaki

9.           Orang tua itu gemar melihat matahari terbit.
a.   terbenam
b.   senget
c.    tegak
d.   timbul

10.        Adik menangis kerana dia lapar.
a.   haus
b.   kenyang
c.    hangat
d.   sempit

Bahagian C: (10 markah)

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap item di bawah ini.

11.        Datuk berjalan dengan menggunakan se______ tongkat.
a.   pucuk
b.   keping
c.    baris
d.   batang

12.        Adik terjumpa se______ cincin.
a.   bentuk
b.   pasang
c.    ketul
d.   buah

13.        Di dalam peti itu ada se______ cengkerik.
a.   orang
b.   biji
c.    ekor
d.   helai

14.        Saya menghadiahkan ibu se______ bunga mawar.
a.   ulas
b.   butir
c.    tandan
d.   tangkai

15.        Dia ambil se______ telur dari peti sejuk.
a.   bidang
b.   butir
c.    utas
d.   bilah

Bahagian D: (10 markah)
Pilih kata hubung yang sesuai bagi setiap item di bawah ini.

16.        Dia bersiul ______ berjalan menuju ke kedai.
a.   walaupun
b.   sambil
c.    dengan
d.   supaya

17.        Dia berjalan terhincut-hincut ______ kakinya sakit.
a.   sungguhpun
b.   hingga
c.    kerana
d.   dan

18.        "Sama ada pindah ______ tidak, kita akan tetap bersahabat," kata Meiyi kepada Maimun.
a.   atau
b.   jika
c.    semasa
d.   serta

19.        Dia pergi memancing dari pagi ______ petang.
a.   serta
b.   supaya
c.    walaupun
d.   hingga

20.        "Saya akan menelefon awak ______ saya merubah fikiran," kata Osman kepada Govin.
a.   semasa
b.   jika
c.    atau
d.   namun

Bahagian E: (10 markah)

Pilih peribahasa yang sesuai bagi setiap frasa yang bergaris bawah di dalam setiap item di bawah ini.

21.        Salmah sentiasa berpayung kerana dia tidak tahan panas.
a.   panas baran
b.   telinga nipis
c.    lidah biawak
d.   puteri lilin

22.        Pelajar baru itu tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana dia tidak suka bercampur gaul dengan orang lain.
a.   jinak-jinak merpati
b.   muka tembok
c.    kepala batu
d.   kera sumbang

23.        Ibu saya tidak dapat melihat pada waktu senja.
a.   putih mata
b.   rambang mata
c.    rabun ayam
d.   mata keranjang

24.        Setelah bertahun-tahun dia bekerja kuat, akhirnya dia dapat mengecap hasilnya.
a.   makan angkat
b.   mandi peluh
c.    mandi kerbau
d.   makan suap
25.        Pak Ismail kaya tetapi dia kedekut.
a.   tangkai jering
b.   kecil hati
c.    ringan tangan
d.   malu-malu kucing




Bahagian F: (10 markah)

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis abjad pilihan kamu itu di dalam ruangan yang disediakan.

gelap-gelita                simpang-siur              pandai-pandai
kura-kura                   sibur-sibur                  saki-baki

26.        _______________ dapat hidup di laut dan di darat.

27.        Adik tersenyum melihat _______________ berterbangan di udara.

28.        Anak-anak Cik Mar _______________belaka.

29.        Keadaan di dalam rumah usang itu _______________.

30.        _______________makanan itu ibu berikan kepada kucing.


Bahagian G : (10 markah)

Berikan kata dasar bagi perkataan yang bergaris bawah di dalam setiap item di bawah ini. Kemudian, tuliskan jawapan kamu itu di dalam ruangan yang disediakan
.
31.        Emak memakai baju kurung berwarna biru. ­­­­­­­­­­­­­­________________

32.        Bapa Mariam ialah seorang penyajak yang terkenal. ________________

33.        Anak kucing itu mati kerana termakan racun tikus. ________________

34.        Mereka yang berkemampuan tidak layak menerima bantuan tersebut. ________________

35.        Adik saya pandai menyanyi. ________________

Bahagian H : (10 markah)

Tuliskan perkataan yang sesuai bagi setiap tempat kosong di bawah ini.
Siti telah dititah ______________ Sultan untuk mencari senjata-senjata sakti bagi menewaskan serangan perompak-perompak yang ______________ . Siti segera melaksanakan perintah Sultan  ______________ berlengah.Dengan menaiki tikar ajaibnya, Siti dibawa ke zaman sedia ada. Dengan bantuan kawan-kawannya, ______________ memulakan misinya untuk mencari senjata-senjata .


Bahagian I : (10 markah)

Baca petikan karangan ini dengan teliti. Kemudian, pilih jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang mengikutinya.

Suzana seorang pelajar yang sangat rajin. Setiap kali dia pulang dari sekolah, Suzana akan menghabiskan kerja-kerja sekolahnya. Kemudian, dia akan mengulang kaji pelajarannya selama satu setengah jam. Selesai belajar, Suzana pun mandi. Selepas mandi, Suzana makan tengahari. Habis makan, Suzana mencuci pinggan-mangkuk. Kemudian, dia menonton televisyen. Selepas sembahyang maghrib, Suzana menolong ibunya menyiapkan makan malam.

36.        Suzana seorang ....
a.   pelajar yang lembab.
b.   pelajar sekolah menengah.
c.    pelajar yang sihat.
d.   pelajar yang rajin.

37.        Sebelum mengulang kaji pelajarannya, Suzana akan ....
a.   mandi.
b.   menolong ibu menyiapkan makan tengahari.
c.    menghabiskan kerja-kerja sekolahnya.
d.   menonton televisyen.

38.        Berapa lamakah Suzana mengulang kaji pelajarannya?
a.   satu setengah jam
b.   satu jam
c.    pukul satu setengah
d.   setengah jam

39.        Apakah yang dilakukan oleh Suzana selepas mandi?
a.   makan malam
b.   makan tengahari
c.    menonton televisyen
d.   mencuci pinggan-mangkuk
40.        Apakah yang dilakukan oleh Suzana selepas sembahyang maghrib?
a.   menyiapkan tempat tidur
b.   menonton televisyen
c.    membantu ibu menyediakan makan malam
d.   mengulang kaji pelajarannya

Bahagian J : (10 markah)

Baca cerita ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Tuliskan jawapan kamu itu di dalam ruangan yang disediakan.

Pada suatu petang, dua orang budak lelaki sedang berjalan pulang dari sekolah setelah menjalani kegiatan luar darjah. Semasa melewati sebuah kawasan semak-samun, seorang daripada mereka iaitu Sazali, ternampak sebuah kereta yang agak remuk. Sazali mengajak kawannya, Adi, untuk menyiasat.

Apabila mereka menghampiri kereta tersebut, mereka terkejut. Mereka ternampak seorang lelaki sedang terbaring bersebelahan dengan kereta itu. Lelaki itu cedera parah. Sazali merawat lelaki tersebut sementara Adi pergi meminta bantuan. Tidak lama kemudian, sebuah kereta polis dan ambulan pun tiba. Lelaki itu telah dibawa ke rumah sakit. Pihak polis memuji tindakan Sazali dan Adi. Sazali dan Adi berasa sangat bangga.

41.        Apakah yang dilihat oleh Sazali dan Adi di dalam semak-samun?
Di dalam kawasan semak-samun, Sazali dan Adi ternampak



42.        Apakah yang dilakukan oleh mereka selepas itu?
Selepas itu, mereka



43.        Mengapakah mereka berdua terkejut?
Mereka berdua terkejut kerana



44.        Apakah yang dilakukan oleh Sazali sewaktu Adi pergi meminta tolong?
Semasa Adi pergi meminta tolong, Sazali



45.        Ke manakah lelaki itu dibawa oleh ambulan?
Lelaki itu telah dibawa ke







http://tatabahasabm.tripod.com Latihan 4.1


SELAMAT DATANG KE LAMAN NUKILANKU

Takwim