Surat Mohon Pengecualian @ Tunjuk Sebab



Assalamualaikum..

mm...hari ni tergerak hati nk jenguk blog yang dah jadi cam barang purba...last post dlm blog ntah thn bila pon dh tak ingt...ni nk try la mengpost nk test ingt lg xcara update blog..kalo jd muncul la dlm blog ni nnti..klo xjd..duk dlm draft jela jwbnya..hhahaha

Smentara dalam cuti panjang ni..boleh la mengisi masa lapang yang xbrp nk lapang dgn benda yg bfaedah..huhhuhu..ape..ingt org dlm pantang xboleh buat apa2 ke...tu zaman bila da...

bab dlm pntg ni nk alkisahnya...bermula surat yang aku nak sharekn dgn manusia2 sekalian yang seangkatan dengan ku..bab surat menyurat mmg kelaut skit. tp sbbkn trpaksa ku kerahkan kpala otak ni mengarang jg.

Surat ni asalnya disebabkn aku xdpt menghadiri ujian memperkasakan Bahasa Melayu pada 15 Oktober 2018 atas sebab aku masih dalam pantang. Jadi dh xmau pi kena la buat surat sebab kan..

ni dia surat tu..kot berguna utk sesiapa yg nk rujuk boleh la tiru2 apa yang patut.




Nor Fitri Sah binti Zainol
SK Bukit Sekilau,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                                                                              

__________________________________________________________________________


Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25604 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                     12 OKTOBER 2018.
U/P : Cik Maziah binti Mohd Khalid

Tuan,

SURAT MEMOHON PENGECUALIAN MENDUDUKI UJIAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU GURU (UPBMG)

Merujuk kepada perkara di atas, saya Nor Fitri Sah binti Zainol ingin memohon pengecualian menduduki Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) yang diadakan pada 15 Oktober 2018 (Isnin) bertempat di Semporna Resort, Kuantan.

02. Untuk makluman pihak tuan, saya masih dalam cuti bersalin iaitu bermula pada 12 September hinggga 10 Disember 2018 (Mohon cuti bersalin awal). Dengan itu, saya sertakan surat cuti bersalin daripada doktor.

03. Saya berharap pihak tuan memahami keadaan saya. Oleh itu, saya mohon maaf di atas ketidakhadiran untuk Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru(UPBMG) tersebut.
Segala perhatian dan kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian,  terima kasih.

Yang benar,



_____________________

(Nor Fitri Sah Binti Zainol)




* puas edit dh duk lari format ni..nasib la nuh...dh lama xbuka blog jd cmni la xreti .



SELAMAT DATANG KE LAMAN NUKILANKU

Takwim