Tanda Baca


TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda yang digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membia ayat dan membaca ayat.

Perhatikan penerangan tentang penggunaan tanda-tanda baca di bawah ini.

Tanda Baca

Penggunaan
Contoh Penggunaan
Huruf besar
1. Menulis kata nama khas

2. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat.
3. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat cakap ajuk.
4. Menulis pangkal kata 
    permulaan selepas tanda 
    noktah.
1. Ibu Salmah bekerja di Kementerian Dalam
    Negeri.
2. Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baru 
   dan cantik.
3. Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak 
    semalam.”
4. Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan  
    dirobohkan tidak lama lagi.
Tanda noktah
( . )
1. Menulis kata singkatan.
2. Menandakan berakhirnya
   sesuatu ayat penyata.

1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta itu terbabas lalu melanggar 
    pembahagi jalan.
Tanda koma
( , )
1. Mengasingkan frasa dalam
    ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
    perkataan yang sama dalam 
    ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk.
1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal 
    mengawal perasaannya.
2. Cengal, meranti, jati, dan nyatuh ialah 
    jenis kayu yang baik untuk dibuat perabot.

3. Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.”
Tanda soal
( ? )
1. Menandakan ayat tanya atau 
   ayat soal.
1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
Tanda seru
( ! )
1. Menulis ayat seru.
1. Wah, besarnya buah labu itu!
2. Eh, Abu pun menyertai pertandingan 
    pidato itu!
Titik bertindih
( : )
1. Menyatakan perkara-perkara
dalam ayat.
1. Perkara yang berikut perlu ada di dalam 
    borang permohonan itu:-
a) Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
Tanda pembuka dan penutup kata
(“…….”)
1. Menulis ayat cakap ajuk.
1. Rumah ini terlalu kecil, kata Razak.
2. Kata Samiah, Bajunya banyak butang.
Tanda sempang
( - )
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf besar 
    dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri 
    untuk Tuhan.
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X

3. Hamba-Mu
Tanda koma bertindih
( ; )
1. Mengasingkan ayat-ayat yang
    panjang.
2. Menggantikan kata hubung 
    dalam ayat.
1. Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta 
    bersopan.
2. Aida seorang pelajar yang pintar; peramah 
    serta hormat kepada orang tua.


Latihan 

Salin semula petikan dengan membubuh tanda baca yang betul.


teh merupakan nadi kepada pembangunan ekonomi di cameron highlands produk teh boleh didapati di pasaran dalam pelbagai bentuk teh boleh diminum secara panas sejuk atau dicampur dengan gula dan susu menurut pakar pemakanan pengambilan teh secara berterusan dapat menghindarkan seseorang daripada diserang penyakit kanser osteoporosis penyakit jantung pereputsn gigi dan penyakit gusi



_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_____________















Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5

rujukan : http://hanya-air.blogspot.com/2010/12/pengurusan-sumber-penggunaan-web-dalam.html

Mari belajar Simpulan Bahasa



Berat Mulut



Malu- malu kucing



Ceramah Sambutan Hari Raya Korban 2012



Tetamu jemputan disambut oleh Ustaz Zulkifli .



Penceramah jemputan iaitu Ustaz Norhamizi b Jamaluddin dari Jabatan Agama Islam Pahang.





Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah sempena Hari Raya Korban sambil mengawal disiplin murid-murid.






Murid-murid ceria dan tidak kering gusi mendengar ceramah daripada ustaz yang pandai menarik perhatian murid .



Penyampaian saguhati oleh Guru Besar SK Bukit Sekilau.



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT SEKILAU 2012



Majlis Hari Anugerah Kecemarlangan SK Bukit Sekilau 2012. Dua buah basikal ini adalah hadiah untuk murid yang berjaya mengumpul jumlah bacaan Nilam terbanyak. 


Guru yang bertugas di awal pagi. Manis senyuman guru-guru yang bertugas untuk pendaftaran dan mengagihkan buku program. Tema pakaian guru untuk majlis Hari Anugerah kali ini berwarna merah.


Banyak hadiah cabutan bertuah disediakan untuk para ibu bapa yang hadir.


Ibu bapa yang hadir mengambil tempat.


Berseri wajah-wajah barisan guru penolong kanan Sk Bukit Sekilau.


Persembahan yang menarik daripada murid-murid Prasekolah.


Ucapan perasmian oleh Dato' Mohamed Suffian b Awang. Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia.



Guru-guru Pendidikan Khas tidak melepaskan peluang mengadakan pameran hasil kerja murid-murid Pendidikan Khas.


Persembahan yang kreatif daripada murid-murid Pendidikan Khas.


Persembahan koir yang bertenaga daripada murid-murid tahun 4 dan 5.


Penyampaian cenderahati oleh Guru Penolong Kanan kepada perasmi.


Antara salah seorang guru yang bertugas mengawal murid untuk menerima hadiah.


Salah seorang murid yang cemerlang di Sk Bukit Sekilau.


Tokoh Nilam bagi murid sesi petang.


Penyampaian beg sekolah kepada murid-murid Prasekolah yang akan naik ke Tahun 1.



Sebelum majlis bersurai semue ibu bapa dan guru dijemput menjamu selera.



Pantun peribahasa

Mari berpantun.

Kisah Arnab yang Sombong dan Gagak yang Bijak


Animasi kisah teladan. Mari tonton bersama-sama.

Animasi Telur Sebiji Riuh Sekampung




Penjodoh Bilangan


PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.
Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu.


           angkatan               das                          kajang                   longgok                  ruas
              bakul                      deret                       kaki                        mangkuk              rumpun
               baris                       ekar                        kalung                    mayang                senduk
              batang                   ekor                        kandang                 naskhah                  sikat/sisir
              bentuk                   gelung                    kapur                     orang                      susun
              berkas                    gemal                     kaum                     papan                    suap
              bidang                    genggam                kawan                    pasang                   tandan
               biji                          gerombolan          kelompok              pasukan                 tangkai
               bilah                       gugus                      kepal                      patah                   teguk
              botol                       gulung                    keping                    petak                    timbun
              buah                         gumpal                  kepul                      pintu                    titik
              buku                       helai                       kerat                       potong                   tingkat
              bungkus                 hidang                    ketul                       pucuk                     tompok
              butir                        hiris                         kotak                     puntung                 tongkol
              carik                       ikat                         kumpulan                raga                          ulas
              cebis                       jambak                  kuntum                  rangkai                       untai
              cekak                     jambangan           laras                       rangkap                        urat
              cubit                       jemput                   lembar                   rawan                     usul
                                                                     

 




















Perhatikan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat di bawah ini.

Penjodoh
Bilangan
Digunakan untuk
Ayat Contoh
angkatan
Kumpulan benda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
1   Tiga angkatan perang itu telah diserang hendap
     oleh pihak musuh.
2   Dua orang anggota angkatan tentera Filipina 
     telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu.
baris
Benda atau manusia yang berbaris.
Contoh: bangku, kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan
1   Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca.
2   Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna
     kuning.
batang
Benda-benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur
1   Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
2   Tujuh batang jejari basikal itu telah patah.
bentuk
Benda-benda yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang
1   Karim memancing udang itu dengan
     menggunakan sebentuk mata kail yang halus.
2   Tiga bentuk cincin itu telah berkarat.
bidang
Benda-benda yang luas bidangnya.
Contoh: layar, tikar, tanah, sawah, permaidani
1   Sebidang sawahnya telah dijual untuk
     melangsaikan hutang-hutangnya itu.
2   Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus.
biji
Benda-benda yang bersaiz kecil.
Contoh: buah-buahan, telur
1   Setiap pagi ayah makan dua biji telur ayam
     separuh masak.
2   Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka
     muda dari kebunnya.
bilah
Benda-banda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang
1   Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah 
     oleh Salim.
2   Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau.
buah
Benda-benda yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh: kenderaan, bandar, negara, bangunan
1   Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga  
     yang paling murah.
2   Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah
     almari lama.
buku
Benda-benda yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun, roti
1   Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada  
     adiknya.
2   Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam 
     almari.
butir
Benda-benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur, manik, permata
1   Adik telah memecahkan dua butir telur ayam
     yang terletak di atas rak itu.
2   Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya.
carik/cebis
Benda-benda yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain, kertas
1   Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di 
     atas meja tulis itu.
2   Jururawat itu membalut luka pada tangan
     pesakit itu dengan secarik kain putih.
cucuk
Benda-benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate dan buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh
1   Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk  
     sate.
2   Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga 
     itu kepada adiknya.
das
Bunyi tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang, meriam, pistol
1   Dua das tembakan penembak upahan itu tidak 
     menepati sasarannya.
2   Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa 
     das tembakan senapang.
ekor
Haiwan atau binatang.
Contoh: ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru
1   Adik memelihara beberapa ekor anak ayam
     serama.
2   Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan
     penamat kerana kakinya tercedera.
gugus
Benda yang bergugus  atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa sawit, pulau
1   Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh
     ayahnya itu telah busuk.
2   Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100
     kilogram.
helai
Benda-benda yang nipis dan lebar.
Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang
1   Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlis  
     itu.
2   Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam  
     bahan penumis itu.
hiris
Benda-benda yang dipotong nipis.
Contoh: bawang, daging, tomato, timun
1   Adik meletakkan dua hiris bawang merah itu di 
     dalam piring.
2   Ibu menghulurkan beberapa hiris timun kepada 
     ayah.
ikat
Benda-benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayur-sayuran, buah-buahan
1   Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga 
     RM1.00.
2   Adik membeli dua ikat rambutan gading.
jambak
Contoh: kunci, bunga
1   Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bunga  
     mawar.
2   Kassim menggantungkan sejambak kunci di
     tepi pintu biliknya.
kaki
Benda-benda yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung, cendawan, bunga
1   Siti meminta ibu membelikannya sekaki
     payung.
2   Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk.
kawan
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau, lembu, gajah, zirafah
1   Sekawan burung merpati terperangkap di dalam 
     jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2   Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah
     sawah itu.
kelompok
Benda, manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
1   Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
2   Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke
     sebelah timur.
kepal
Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras, pasir
1   Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut 
     adik.
2   Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu
     lalu beredar dari situ.
keping
benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan, roti, gambar, biskut, kad
1   Dua keping poskad itu diterimanya dua hari
     yang lalu.
2   Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping   
     gambar ayah Marzuki.
kerat
Benda-benda yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu, rotan, buluh, pensel
1   Ayah menggunakan sekerat rotan untuk
     memukul anak kucing itu.
2   Dua kerat kayu itu telah reput.
ketul
Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu, daging
1   Hassan mengambil seketul batu lalu
     melontarkannya ke arah anjing itu.
2   Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
kotak
Benda-benda yang diisikan di dalam kotak.
Contoh: mancis, sabun, rokok
1   Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
     sekotak mancis api.
2   Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah
     daripada abangnya.
kuntum
Contoh: bunga
1   Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2   Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
laras
Benda-benda yang berlaras.
Contoh: meriam, senapang
1   Perompak tu bersenjatakan selaras senapang
     patah.
2   Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di  
     Muzium Pulau Pinang.
lembar
Benda-benda yang panjang. Contoh: benang, tali
1   Beberapa lembar benang digunakan untuk
     mengikat pensel itu.
2   Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik  
     itu.
naskhah
Contoh: buku, majalah, surat khabar, kitab
1   Ibu sedang membaca senaskhah surat khabar.
2   Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita 
     setiap bulan.
orang
manusia/orang
1   Dua orang pelancong Jepun itu memuji
     kecantikan negara Malaysia.
2   Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam
     kemalangan ngeri jalan raya itu.
papan
Benda-benda yang berkeping-keping.
Contoh: petai, mercun
1   Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
    mercun itu kepadanya.
2  Kamisah membeli beberapa papan petai untuk  
    dibuat ulam.
pasang
benda-benda yang berpasangan.
Contoh: kasut, anting-anting, subang, baju
1   Halim membeli sepasang but bola berjenama 
     Nike.
2   Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.
patah
perkataan
1   Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari 
     mulutnya.
2   Anak kecil itu menulis beberapa patah
     perkataan di atas kertas itu.
pintu
rumah atau kedai yang panjang dan berbaris.
1   Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepada
     Bank Rakyat.
2   Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah
     sewa.
potong
Benda-benda yang telah siap dipotong.
Contoh: kuih, daging, roti
1   Dua potong kuih lapis itu sedang dihurung
     lalat.
2   Beberapa potong kayu api itu masih bernyala.
pucuk
Rebung, surat, pistol
1   Kakak menerima sepucuk surat daripada abang  
     yang sedang belajar di London.
2   Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk
     menghilangkan rasa pahitnya.
puntung
Rokok atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar
1   Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung
     rokok.
2   Hassan memindahkan beberapa puntung kayu  
     api itu ke bawah rumah.
rangkap
Benda-benda yang berangkap. Contoh: pantun, syair, sajak, gurindam, seloka
1   Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap
     pantun.
2   Ali tidak faham akan maksud dua rangkap 
     sajak itu.
rawan
jaring atau jala
1   Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan 
     serawan jala.
2   Dua rawan jaring itu digunakan untuk
     menangkap ikan laut dalam.
sikat/sisir
Benda-benda yang berbentuk sikat atau sisir.
Contoh: pisang
1   Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnya
     sebentar tadi.
2   Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan
     burung.
tandan
Buah-buahan yang bertandan atau bergugus-gugus.
Contoh: kelapa, pisang
1   Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan oleh    
     monyet itu.
2   Kassim memikul setandan pisang dari
     ladangnya.
tangkai
Benda yang bertangkai. Contoh: bunga, buah-buahan yang bertangkai
1   Kamil memetik setangkai buah rambutan yang
     telah masak itu.
2   Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalu
     memberikannya kepada Zainab.
ulas
Isi buah-buahan.
Contoh: limau, nangka, cempedak, durian
1   Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat.
2   Siti meletakkan dua ulas cempedak itu di dalam 
     piring.
untai
Contoh: madah, pantun, syair, sajak
1   Percubaannya untuk menulis seuntai madah
     akhirnya tercapai juga.
2   Tamrin menulis seuntai sajak di dalam buku
     catatan hariannya itu.
urat
Contoh: benang, rambut, tali
1   Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat
     benang hitam.
2   Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna.
utas
Contoh: tali, rantai
1   Pak Seman menggunakan seutas tali belati
     untuk mengikat lembu tu.
2   Kakak memakai seutas rantai emas yang baru
     dibelinya itu.

·  Dari segi penggunaan, penjodoh bilangan hanya digunakan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu beberapa sahaja.
Contoh:
                1.   Tiga batang pokok itu perlu ditebang.
                2.   Beberapa buah kerusi itu perlu dibaiki.
                3.   Kedua-dua batang anak sungai itu telah tercemar.

·  Dari segi penggunaan, benda abstrak tidak perlu diletakkan penjodoh bilangannya.
Contoh:
1.a)   Kata Zul, “Sebuah pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
          pada penghujung bulan ini.”(X)
   b)   Kata Zul, “Satu pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
          pada penghujung bulan ini.”(√)

·  Dari segi penggunaan, elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.
1.   Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang
dibilang dengan kata bilangan tentu.
Contoh:
1.a)   Tiga jarinya kudung. (X)
   b)   Tiga batang jarinya kudung. (√)
                2.a)   Lima burung itu berbulu lebat. (X)
                   b)   Lima ekor burung itu berbulu lebat. (√)

       2.   Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang 
             dengan kata bilangan himpunan.
             Contoh:
1.a)   Kedua-dua buku itu masih elok. (X)
   b)   Kedua-dua buah buku itu masih elok. (√)
2.a)   Keempat-empat kotak itu penuh berisi emas. (X)
   b)   Keempat-empat buah kotak itu penuh berisi emas. (√)

       3.   Kesalahan kerana meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan 
             kata bilangan tak tentu.
             Contoh:
1.a)   Banyak buah rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (X)
   b)   Banyak rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (√)
2.a)   Semua batang pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (X)
   b)   Semua pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (√)

SELAMAT DATANG KE LAMAN NUKILANKU

Takwim