Penjodoh
Bilangan
|
Digunakan untuk
|
Ayat Contoh
|
angkatan
|
Kumpulan
benda dan manusia. Contoh:
kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
|
1 Tiga angkatan perang itu telah
diserang hendap
oleh pihak musuh.
2 Dua orang anggota angkatan tentera
Filipina
telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan
itu.
|
baris
|
Benda
atau manusia yang berbaris.
Contoh: bangku,
kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan
|
1 Tiga baris tulisannya itu tidak
dapat dibaca.
2 Sebaris kedai itu telah dicat
dengan warna
kuning.
|
batang
|
Benda-benda
yang panjang. Contoh: sungai,
pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur
|
1
Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
2
Tujuh batang jejari basikal itu telah patah.
|
bentuk
|
Benda-benda
yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang
|
1 Karim memancing udang itu dengan
menggunakan sebentuk mata kail
yang halus.
2 Tiga bentuk cincin itu telah
berkarat.
|
bidang
|
Benda-benda
yang luas bidangnya.
Contoh:
layar, tikar, tanah, sawah, permaidani
|
1 Sebidang sawahnya telah dijual
untuk
melangsaikan hutang-hutangnya itu.
2 Dua bidang permaidani itu telah
digigit tikus.
|
biji
|
Benda-benda
yang bersaiz kecil.
Contoh:
buah-buahan, telur
|
1 Setiap pagi ayah makan dua biji
telur ayam
separuh masak.
2 Pak Mat membawa pulang tiga biji
nangka
muda dari kebunnya.
|
bilah
|
Benda-banda
yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang
|
1 Tiga bilah parang yang tumpul itu
telah diasah
oleh Salim.
2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah
pisau.
|
buah
|
Benda-benda
yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh:
kenderaan, bandar, negara, bangunan
|
1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan
harga
yang paling murah.
2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah
almari lama.
|
buku
|
Benda-benda
yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun,
roti
|
1 Zaidah menghulurkan sebuku roti
keras kepada
adiknya.
2 Dia meletakkan tiga buku sabun itu
di dalam
almari.
|
butir
|
Benda-benda
yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur,
manik, permata
|
1 Adik telah memecahkan dua butir
telur ayam
yang terletak di atas rak itu.
2 Dua butir mutiara itu amat tinggi
nilainya.
|
carik/cebis
|
Benda-benda
yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain,
kertas
|
1 Secebis kertas yang berwarna ungu
terletak di
atas meja tulis itu.
2 Jururawat itu membalut luka pada tangan
pesakit itu dengan secarik kain
putih.
|
cucuk
|
Benda-benda
yang dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate dan
buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh
|
1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk
sate.
2 Manan menghulurkan dua cucuk buah
mangga
itu kepada adiknya.
|
das
|
Bunyi
tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang,
meriam, pistol
|
1 Dua das tembakan penembak upahan
itu tidak
menepati sasarannya.
2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi
beberapa
das tembakan
senapang.
|
ekor
|
Haiwan
atau binatang.
Contoh:
ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru
|
1 Adik memelihara beberapa ekor anak
ayam
serama.
2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke
garisan
penamat kerana kakinya tercedera.
|
gugus
|
Benda
yang bergugus atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa
sawit, pulau
|
1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli
oleh
ayahnya itu telah busuk.
2 Beratnya segugus kelapa sawit itu
ialah 100
kilogram.
|
helai
|
Benda-benda
yang nipis dan lebar.
Contoh:
baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang
|
1 Ibu memakai sehelai selendang merah
ke majlis
itu.
2 Beberapa helai daun kari dimasukkan
ke dalam
bahan penumis itu.
|
hiris
|
Benda-benda
yang dipotong nipis.
Contoh:
bawang, daging, tomato, timun
|
1 Adik meletakkan dua hiris bawang
merah itu di
dalam piring.
2 Ibu menghulurkan beberapa hiris
timun kepada
ayah.
|
ikat
|
Benda-benda
yang berikat. Contoh: rotan,
kayu, sayur-sayuran, buah-buahan
|
1 Dua ikat sayur bayam itu dijual
dengan harga
RM1.00.
2 Adik membeli dua ikat rambutan
gading.
|
jambak
|
Contoh: kunci, bunga
|
1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak
bunga
mawar.
2 Kassim menggantungkan sejambak
kunci di
tepi pintu biliknya.
|
kaki
|
Benda-benda
yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung,
cendawan, bunga
|
1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki
payung.
2 Dua kaki cendawan pelanduk itu
telah busuk.
|
kawan
|
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau,
lembu, gajah, zirafah
|
1 Sekawan burung merpati terperangkap
di dalam
jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2 Sekawan kerbau sedang berkubang di
tengah
sawah itu.
|
kelompok
|
Benda,
manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
|
1 Beberapa kelompok bintang kelihatan
di langit.
2 Dua kelompok awan itu kelihatan
berarak ke
sebelah timur.
|
kepal
|
Benda-benda
yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh:
nasi, pulut, beras, pasir
|
1 Ibu menyuapkan sekepal nasi ke
dalam mulut
adik.
2 Karim mengambil dua kepal pulut
kuning itu
lalu beredar dari situ.
|
keping
|
benda-benda
yang nipis. Contoh: kertas,
papan, roti, gambar, biskut, kad
|
1 Dua keping poskad itu diterimanya
dua hari
yang lalu.
2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping
gambar ayah Marzuki.
|
kerat
|
Benda-benda
yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu,
rotan, buluh, pensel
|
1 Ayah menggunakan sekerat rotan
untuk
memukul anak kucing itu.
2 Dua kerat kayu itu telah reput.
|
ketul
|
Benda-benda
yang berketul. Contoh: batu,
air batu, daging
|
1 Hassan mengambil seketul batu lalu
melontarkannya ke arah anjing itu.
2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
|
kotak
|
Benda-benda yang diisikan di dalam
kotak.
Contoh: mancis, sabun, rokok
|
1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
sekotak mancis api.
2 Tiga kotak air minuman itu ialah
hadiah
daripada abangnya.
|
kuntum
|
Contoh: bunga
|
1
Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2
Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
|
laras
|
Benda-benda yang berlaras.
Contoh: meriam, senapang
|
1 Perompak tu bersenjatakan selaras
senapang
patah.
2 Dua laras meriam lama itu masih
tersimpan di
Muzium Pulau Pinang.
|
lembar
|
Benda-benda
yang panjang. Contoh: benang, tali
|
1 Beberapa lembar benang digunakan
untuk
mengikat pensel itu.
2 Selembar tali rafia tersangkut di
dinding bilik
itu.
|
naskhah
|
Contoh:
buku, majalah, surat khabar, kitab
|
1 Ibu sedang membaca senaskhah surat
khabar.
2 Rokiah melanggan dua naskhah
majalah wanita
setiap bulan.
|
orang
|
manusia/orang
|
1 Dua orang pelancong Jepun itu
memuji
kecantikan negara Malaysia.
2 Lima orang juutera tempatan
terbunuh dalam
kemalangan ngeri jalan raya itu.
|
papan
|
Benda-benda
yang berkeping-keping.
Contoh: petai,
mercun
|
1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
mercun itu kepadanya.
2 Kamisah membeli beberapa papan petai
untuk
dibuat ulam.
|
pasang
|
benda-benda
yang berpasangan.
Contoh: kasut,
anting-anting, subang, baju
|
1 Halim membeli sepasang but bola
berjenama
Nike.
2 Dua pasang subang itu bernilai
RM5000.00.
|
patah
|
perkataan
|
1 Tidak sepatah perkataan pun yang
keluar dari
mulutnya.
2 Anak kecil itu menulis beberapa patah
perkataan di atas kertas itu.
|
pintu
|
rumah
atau kedai yang panjang dan berbaris.
|
1 Tiga pintu rumah kedai itu telah
dijual kepada
Bank Rakyat.
2 Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah
sewa.
|
potong
|
Benda-benda
yang telah siap dipotong.
Contoh: kuih,
daging, roti
|
1 Dua potong kuih lapis itu sedang
dihurung
lalat.
2 Beberapa potong kayu api itu masih
bernyala.
|
pucuk
|
Rebung, surat, pistol
|
1 Kakak menerima sepucuk surat
daripada abang
yang sedang belajar di London.
2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu
untuk
menghilangkan rasa pahitnya.
|
puntung
|
Rokok
atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar
|
1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung
rokok.
2 Hassan memindahkan beberapa puntung
kayu
api itu ke bawah rumah.
|
rangkap
|
Benda-benda
yang berangkap. Contoh:
pantun, syair, sajak, gurindam, seloka
|
1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap
pantun.
2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap
sajak itu.
|
rawan
|
jaring atau jala
|
1 Pak Harun mencari ikan dengan
menggunakan
serawan jala.
2 Dua rawan jaring itu digunakan
untuk
menangkap ikan laut dalam.
|
sikat/sisir
|
Benda-benda yang berbentuk sikat atau
sisir.
Contoh: pisang
|
1 Tiga sikat pisang emas itu telah
dijualnya
sebentar tadi.
2 Dua sisir pisang nangka itu telah
dimakan
burung.
|
tandan
|
Buah-buahan yang bertandan atau
bergugus-gugus.
Contoh: kelapa, pisang
|
1 Dua tandan kelapa itu berjaya
diturunkan oleh
monyet itu.
2 Kassim memikul setandan pisang dari
ladangnya.
|
tangkai
|
Benda
yang bertangkai. Contoh:
bunga, buah-buahan yang bertangkai
|
1 Kamil memetik setangkai buah
rambutan yang
telah masak itu.
2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros
lalu
memberikannya kepada Zainab.
|
ulas
|
Isi
buah-buahan.
Contoh: limau,
nangka, cempedak, durian
|
1 Beberapa ulas nangka itu telah
dimakan ulat.
2 Siti meletakkan dua ulas cempedak
itu di dalam
piring.
|
untai
|
Contoh:
madah, pantun, syair, sajak
|
1 Percubaannya untuk menulis seuntai
madah
akhirnya tercapai juga.
2 Tamrin menulis seuntai sajak di
dalam buku
catatan hariannya itu.
|
urat
|
Contoh: benang, rambut, tali
|
1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat
benang hitam.
2 Beberapa urat rambutnya telah
bertukar warna.
|
utas
|
Contoh:
tali, rantai
|
1 Pak Seman menggunakan seutas tali
belati
untuk mengikat lembu tu.
2 Kakak memakai seutas rantai emas
yang baru
dibelinya itu.
|