PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang
digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit
seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.
Yang berikut ialah senarai penjodoh
bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu.
|
Perhatikan penggunaan penjodoh bilangan
dalam ayat-ayat di bawah ini.
Penjodoh
Bilangan
|
Digunakan untuk
|
Ayat Contoh
|
angkatan
|
Kumpulan
benda dan manusia. Contoh:
kapal perang, penulis, pelukis, tentera, sasterawan
|
1 Tiga angkatan perang itu telah
diserang hendap
oleh pihak musuh.
2 Dua orang anggota angkatan tentera
Filipina
telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan
itu.
|
baris
|
Benda
atau manusia yang berbaris.
Contoh: bangku,
kedai,, murid, orang, pokok, rumah, tulisan
|
1 Tiga baris tulisannya itu tidak
dapat dibaca.
2 Sebaris kedai itu telah dicat
dengan warna
kuning.
|
batang
|
Benda-benda
yang panjang. Contoh: sungai,
pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur
|
1
Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
2
Tujuh batang jejari basikal itu telah patah.
|
bentuk
|
Benda-benda
yang berkeluk. Contoh: mata kail, cincin, subang
|
1 Karim memancing udang itu dengan
menggunakan sebentuk mata kail
yang halus.
2 Tiga bentuk cincin itu telah
berkarat.
|
bidang
|
Benda-benda
yang luas bidangnya.
Contoh:
layar, tikar, tanah, sawah, permaidani
|
1 Sebidang sawahnya telah dijual
untuk
melangsaikan hutang-hutangnya itu.
2 Dua bidang permaidani itu telah
digigit tikus.
|
biji
|
Benda-benda
yang bersaiz kecil.
Contoh:
buah-buahan, telur
|
1 Setiap pagi ayah makan dua biji
telur ayam
separuh masak.
2 Pak Mat membawa pulang tiga biji
nangka
muda dari kebunnya.
|
bilah
|
Benda-banda
yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang
|
1 Tiga bilah parang yang tumpul itu
telah diasah
oleh Salim.
2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah
pisau.
|
buah
|
Benda-benda
yang tidak tentu bentuk atau saiznya.
Contoh:
kenderaan, bandar, negara, bangunan
|
1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan
harga
yang paling murah.
2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah
almari lama.
|
buku
|
Benda-benda
yang berbuku atau berbongkah.
Contoh: sabun,
roti
|
1 Zaidah menghulurkan sebuku roti
keras kepada
adiknya.
2 Dia meletakkan tiga buku sabun itu
di dalam
almari.
|
butir
|
Benda-benda
yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya.
Contoh: telur,
manik, permata
|
1 Adik telah memecahkan dua butir
telur ayam
yang terletak di atas rak itu.
2 Dua butir mutiara itu amat tinggi
nilainya.
|
carik/cebis
|
Benda-benda
yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Contoh: kain,
kertas
|
1 Secebis kertas yang berwarna ungu
terletak di
atas meja tulis itu.
2 Jururawat itu membalut luka pada tangan
pesakit itu dengan secarik kain
putih.
|
cucuk
|
Benda-benda
yang dicucuk dengan lidi.
Contoh: sate dan
buah-buahan yang telah dipotong dan kemudiannya dicucuk dengan lidi/buluh
|
1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk
sate.
2 Manan menghulurkan dua cucuk buah
mangga
itu kepada adiknya.
|
das
|
Bunyi
tembakan atau letupan senjata api.
Contoh: senapang,
meriam, pistol
|
1 Dua das tembakan penembak upahan
itu tidak
menepati sasarannya.
2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi
beberapa
das tembakan
senapang.
|
ekor
|
Haiwan
atau binatang.
Contoh:
ular, kuda, rusa, gajah, kucing, kambing, ungka, zirafah, kanggaru
|
1 Adik memelihara beberapa ekor anak
ayam
serama.
2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke
garisan
penamat kerana kakinya tercedera.
|
gugus
|
Benda
yang bergugus atau berangkai.
Contoh: buah anggur, kelapa
sawit, pulau
|
1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli
oleh
ayahnya itu telah busuk.
2 Beratnya segugus kelapa sawit itu
ialah 100
kilogram.
|
helai
|
Benda-benda
yang nipis dan lebar.
Contoh:
baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang
|
1 Ibu memakai sehelai selendang merah
ke majlis
itu.
2 Beberapa helai daun kari dimasukkan
ke dalam
bahan penumis itu.
|
hiris
|
Benda-benda
yang dipotong nipis.
Contoh:
bawang, daging, tomato, timun
|
1 Adik meletakkan dua hiris bawang
merah itu di
dalam piring.
2 Ibu menghulurkan beberapa hiris
timun kepada
ayah.
|
ikat
|
Benda-benda
yang berikat. Contoh: rotan,
kayu, sayur-sayuran, buah-buahan
|
1 Dua ikat sayur bayam itu dijual
dengan harga
RM1.00.
2 Adik membeli dua ikat rambutan
gading.
|
jambak
|
Contoh: kunci, bunga
|
1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak
bunga
mawar.
2 Kassim menggantungkan sejambak
kunci di
tepi pintu biliknya.
|
kaki
|
Benda-benda
yang seolah-olah berkaki.
Contoh: payung,
cendawan, bunga
|
1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki
payung.
2 Dua kaki cendawan pelanduk itu
telah busuk.
|
kawan
|
Binatang
Contoh: kambing, burung, kerbau,
lembu, gajah, zirafah
|
1 Sekawan burung merpati terperangkap
di dalam
jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
2 Sekawan kerbau sedang berkubang di
tengah
sawah itu.
|
kelompok
|
Benda,
manusia, haiwan, bintang, binatang, awan dan pulau yang berkumpul
|
1 Beberapa kelompok bintang kelihatan
di langit.
2 Dua kelompok awan itu kelihatan
berarak ke
sebelah timur.
|
kepal
|
Benda-benda
yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh:
nasi, pulut, beras, pasir
|
1 Ibu menyuapkan sekepal nasi ke
dalam mulut
adik.
2 Karim mengambil dua kepal pulut
kuning itu
lalu beredar dari situ.
|
keping
|
benda-benda
yang nipis. Contoh: kertas,
papan, roti, gambar, biskut, kad
|
1 Dua keping poskad itu diterimanya
dua hari
yang lalu.
2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping
gambar ayah Marzuki.
|
kerat
|
Benda-benda
yang telah dikerat-kerat.
Contoh: kayu,
rotan, buluh, pensel
|
1 Ayah menggunakan sekerat rotan
untuk
memukul anak kucing itu.
2 Dua kerat kayu itu telah reput.
|
ketul
|
Benda-benda
yang berketul. Contoh: batu,
air batu, daging
|
1 Hassan mengambil seketul batu lalu
melontarkannya ke arah anjing itu.
2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
|
kotak
|
Benda-benda yang diisikan di dalam
kotak.
Contoh: mancis, sabun, rokok
|
1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
sekotak mancis api.
2 Tiga kotak air minuman itu ialah
hadiah
daripada abangnya.
|
kuntum
|
Contoh: bunga
|
1
Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2
Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
|
laras
|
Benda-benda yang berlaras.
Contoh: meriam, senapang
|
1 Perompak tu bersenjatakan selaras
senapang
patah.
2 Dua laras meriam lama itu masih
tersimpan di
Muzium Pulau Pinang.
|
lembar
|
Benda-benda
yang panjang. Contoh: benang, tali
|
1 Beberapa lembar benang digunakan
untuk
mengikat pensel itu.
2 Selembar tali rafia tersangkut di
dinding bilik
itu.
|
naskhah
|
Contoh:
buku, majalah, surat khabar, kitab
|
1 Ibu sedang membaca senaskhah surat
khabar.
2 Rokiah melanggan dua naskhah
majalah wanita
setiap bulan.
|
orang
|
manusia/orang
|
1 Dua orang pelancong Jepun itu
memuji
kecantikan negara Malaysia.
2 Lima orang juutera tempatan
terbunuh dalam
kemalangan ngeri jalan raya itu.
|
papan
|
Benda-benda
yang berkeping-keping.
Contoh: petai,
mercun
|
1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
mercun itu kepadanya.
2 Kamisah membeli beberapa papan petai
untuk
dibuat ulam.
|
pasang
|
benda-benda
yang berpasangan.
Contoh: kasut,
anting-anting, subang, baju
|
1 Halim membeli sepasang but bola
berjenama
Nike.
2 Dua pasang subang itu bernilai
RM5000.00.
|
patah
|
perkataan
|
1 Tidak sepatah perkataan pun yang
keluar dari
mulutnya.
2 Anak kecil itu menulis beberapa patah
perkataan di atas kertas itu.
|
pintu
|
rumah
atau kedai yang panjang dan berbaris.
|
1 Tiga pintu rumah kedai itu telah
dijual kepada
Bank Rakyat.
2 Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah
sewa.
|
potong
|
Benda-benda
yang telah siap dipotong.
Contoh: kuih,
daging, roti
|
1 Dua potong kuih lapis itu sedang
dihurung
lalat.
2 Beberapa potong kayu api itu masih
bernyala.
|
pucuk
|
Rebung, surat, pistol
|
1 Kakak menerima sepucuk surat
daripada abang
yang sedang belajar di London.
2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu
untuk
menghilangkan rasa pahitnya.
|
puntung
|
Rokok
atau kayu yang berlebih daripada yang dibakar
|
1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung
rokok.
2 Hassan memindahkan beberapa puntung
kayu
api itu ke bawah rumah.
|
rangkap
|
Benda-benda
yang berangkap. Contoh:
pantun, syair, sajak, gurindam, seloka
|
1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap
pantun.
2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap
sajak itu.
|
rawan
|
jaring atau jala
|
1 Pak Harun mencari ikan dengan
menggunakan
serawan jala.
2 Dua rawan jaring itu digunakan
untuk
menangkap ikan laut dalam.
|
sikat/sisir
|
Benda-benda yang berbentuk sikat atau
sisir.
Contoh: pisang
|
1 Tiga sikat pisang emas itu telah
dijualnya
sebentar tadi.
2 Dua sisir pisang nangka itu telah
dimakan
burung.
|
tandan
|
Buah-buahan yang bertandan atau
bergugus-gugus.
Contoh: kelapa, pisang
|
1 Dua tandan kelapa itu berjaya
diturunkan oleh
monyet itu.
2 Kassim memikul setandan pisang dari
ladangnya.
|
tangkai
|
Benda
yang bertangkai. Contoh:
bunga, buah-buahan yang bertangkai
|
1 Kamil memetik setangkai buah
rambutan yang
telah masak itu.
2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros
lalu
memberikannya kepada Zainab.
|
ulas
|
Isi
buah-buahan.
Contoh: limau,
nangka, cempedak, durian
|
1 Beberapa ulas nangka itu telah
dimakan ulat.
2 Siti meletakkan dua ulas cempedak
itu di dalam
piring.
|
untai
|
Contoh:
madah, pantun, syair, sajak
|
1 Percubaannya untuk menulis seuntai
madah
akhirnya tercapai juga.
2 Tamrin menulis seuntai sajak di
dalam buku
catatan hariannya itu.
|
urat
|
Contoh: benang, rambut, tali
|
1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat
benang hitam.
2 Beberapa urat rambutnya telah
bertukar warna.
|
utas
|
Contoh:
tali, rantai
|
1 Pak Seman menggunakan seutas tali
belati
untuk mengikat lembu tu.
2 Kakak memakai seutas rantai emas
yang baru
dibelinya itu.
|
·
Dari segi penggunaan, penjodoh
bilangan hanya digunakan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak
tentu beberapa sahaja.
Contoh:
1. Tiga batang pokok itu perlu ditebang.
2. Beberapa buah kerusi itu perlu
dibaiki.
3. Kedua-dua batang anak sungai itu
telah tercemar.
·
Dari segi penggunaan, benda
abstrak tidak perlu diletakkan penjodoh bilangannya.
Contoh:
1.a) Kata Zul, “Sebuah pertunjukan sarkas
akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
pada penghujung bulan ini.”(X)
b)
Kata Zul, “Satu pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium
Nasional, Bukit Jalil
pada penghujung bulan ini.”(√)
·
Dari segi penggunaan, elakkan
daripada melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.
1. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh
bilangan kepada kata nama konkrit yang
dibilang
dengan kata bilangan tentu.
Contoh:
1.a) Tiga jarinya kudung. (X)
b) Tiga batang jarinya
kudung. (√)
2.a) Lima burung itu berbulu lebat. (X)
b) Lima
ekor burung itu berbulu lebat. (√)
2.
Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama
konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan himpunan.
Contoh:
1.a) Kedua-dua buku itu masih elok. (X)
b) Kedua-dua buah buku itu
masih elok. (√)
2.a) Keempat-empat kotak itu penuh berisi
emas. (X)
b) Keempat-empat buah kotak
itu penuh berisi emas. (√)
3.
Kesalahan kerana meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit
yang dibilang dengan
kata bilangan tak tentu.
Contoh:
1.a) Banyak buah rumah di kawasan itu
didirikan secara haram. (X)
b) Banyak rumah di
kawasan itu didirikan secara haram. (√)
2.a) Semua batang pokok di tepi jalan itu
akan ditebang. (X)
b) Semua pokok di tepi
jalan itu akan ditebang. (√)
3 Komen:
PENERANGAN YANG JELAS
learn lots here~ thx for sharing~
As reported by Stanford Medical, It's in fact the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh 42 pounds less than us.
(And by the way, it is not related to genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING related to "how" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", not "what"...
Tap this link to find out if this brief quiz can help you discover your real weight loss possibilities
Catat Ulasan