Kata
perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan,
silaan, permintaan, dan sebagainya.
Contoh kata perintah dalam bahasa
Melayu adalah seperti yang berikut:-
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Perintah
|
Penerangan
|
Ayat Contoh
|
Harap
|
Untuk menyatakan maksud keinginan
untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
|
1. Harap tinggalkan tempat
ini dengan
segera.
2. Harap dia masih mengingati
saya.
|
Jangan
|
Untuk menyatakan maksud larangan
atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan
sesuatu.
|
1. Jangan berganjak dari
sini.
2. Jangan berdiri melepasi
kawasan yang
telah ditandakan itu.
|
Jemput
|
Untuk menyatakan maksud mengajak
atau mengundang.
|
1. Jemput ke rumah saya
petang nanti.
2. Jemputlah sedikit makanan
itu dan
janganlah segan.
|
Minta
|
Untuk menyatakan maksud ingin akan
sesuatu.
|
1. Minta orang ramai tunggu
sebentar.
2. Minta beredar mengikut
barisan.
|
Sila
|
Untuk meminta seseorang melakukan
sesuatu dengan cara hormat/beradab.
|
1. Sila letakkan kad
pengenalan diri di sini.
2. Sila duduk sebentar, encik
akan dilayan
sebentar lagi.
|
Tolong
|
Untuk menyatakan maksud meminta
pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya.
|
1. Tolong jangan ganggu saya
lagi.
2. Tolong alihkan buku ini ke
sana.
|
Usah
|
Untuk menyatakan maksud
larangan/tegahan daripada melakukan sesuatu.
|
1. Usah derhaka kepada ibu
bapa.
2. Usah biarkan adik kamu itu
bermain
hujan.
|
Contoh:
1.a) “Tolong jangan petik bunga-bunga
di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X)
b) “Jangan
petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)
2.a) “Harap jangan kamu sakiti hati
ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X)
b) “Jangan
kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)