Kata hubung ialah kata yang berperanan
atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau
frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan
dan kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung
yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan
klausa dengan klausa.
Contoh:
atau,
bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya,
serta, tetapi
Kata Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh Penggunaan dalam Ayat
|
atau
|
Menunjukkan pilihan
|
1.
Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan
pelajarannya ke maktab atau ke
universiti.
2.
“Awak atau saya yang perlu menyiapkan
tugasan ini, Zul?” tanya Amin.
|
dan
|
Menggabungkan dua unsur yang setara
|
1.
Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang
kaya itu.
2.
Ah Seng dan Karim pergi memancing di
lombong tinggal itu.
|
kecuali
|
Menunjukkan kekecualian
|
1.
Semua murid di kelas itu membaca buku di
perpustakaan kecuali Shamsudin.
2.
Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada
hari Ahad atau hari kelepasan am.
|
lalu
|
Menggabungkan
dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
|
1.
Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas
tilam yang empuk itu.
2.
Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu
menggigit punggungnya.
|
serta
|
Menyatakan
maksud turut atau bersama-sama
|
1. Aliah rajin serta gigih
berusaha.
2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta
Farid
bercadang untuk pergi menonton wayang pada
hari minggu ini.
|
sambil
|
Menunjukkan
perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama
|
1.
Sally menyanyi sambil menari.
2.
Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.
|
tetapi
|
Menggabungkan
ayat dengan ayat yang lain
|
1.
Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak
suka makan roti canai.
2.
Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi
harganya terlalu mahal.
|
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung
yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila,
agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi,
sementara,
sungguhpun,
supaya, walaupun, ketika
Perhatikan rajah penggunaan kata hubung
pancangan yang berikut.
Kata Hubung
|
Fungsinya
|
Contoh Penggunaan dalam Ayat
|
agar
|
Menerangkan maksud/tujuan
|
1.
Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam
ujian memandu itu.
2.
Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat
sembuh.
|
apabila
|
Menerangkan
masa berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian
|
1. Apabila
ditegur, dia merajuk.
2.
Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.
|
kerana
|
Menunjukkan alasan/sebab
|
1. Kerana
demam, dia tidak dapat mengambil bahagian
dalam sukan itu.
2.
Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji
gelas minuman.
|
manakala
|
Menunjukkan
masa dan perkara yang bertentangan
|
1.
Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala
rakan-rakannya yang lain asyik bermain
sahaja.
2.
Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala
adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu.
|
setelah/
sebelum
sejak
|
Menunjukkan masa
|
1. Setelah
siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan
kerja sekolahnya pula.
2. Sebelum
ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya
terlebih dahulu.
3. Sejak
berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke
kampung.
|
supaya
|
Menerangkan maksud/tujuan
|
1.
Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya
gigi kelihatan cantik dan bersih.
2.
Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya
supaya dia
kelihatan lebih begaya dan cantik.
|
Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung
yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan
pula
bukan
sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan
sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
·
Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
Digunakan untuk menyatakan maksud sama
sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh
menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung
hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
laut juga baik dalam keadaan cuaca
baik mahupun keadaan laut bergelora.
·
Kata hubung berpasangan ‘bukan
sahaja…bahkan juga’.
Digunakan untuk menyatakan maksud serta
atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan
juga berbudi bahasa.
2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan
juga pandai berjenaka.
·
Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih
baik’.
Digunakan untuk menunjukkan pertentangan
maklumat.
Ayat contoh:
1. Daripada membazir wang lebih baik
saya menabung.
2. Daripada membuang masa lebih baik
saya membaca buku.
2 Komen:
You should see how my pal Wesley Virgin's story launches with this shocking and controversial VIDEO.
You see, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he discovered hidden, "self mind control" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.
These are the exact same SECRETS tons of celebrities (notably those who "became famous out of nowhere") and top business people used to become wealthy and successful.
You've heard that you use less than 10% of your brain.
That's because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Maybe that expression has even occurred INSIDE your own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind about 7 years back, while driving an unlicensed, beat-up bucket of a vehicle without a license and with $3 in his pocket.
"I'm so frustrated with living check to check! When will I finally succeed?"
You've been a part of those those conversations, am I right?
Your success story is going to start. All you need is to believe in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW
Look at the way my buddy Wesley Virgin's adventure launches in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL VIDEO.
You see, Wesley was in the military-and soon after leaving-he revealed hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get everything they want.
As it turns out, these are the exact same SECRETS lots of famous people (especially those who "come out of nothing") and elite business people used to become wealthy and successful.
You probably know that you use only 10% of your brain.
Really, that's because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Perhaps that thought has even occurred INSIDE OF YOUR own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain seven years back, while driving an unlicensed, beat-up bucket of a car without a driver's license and $3 on his bank card.
"I'm absolutely frustrated with living paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"
You've taken part in those types of conversations, isn't it so?
Your very own success story is waiting to be written. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.
Watch Wesley Virgin's Video Now!
Catat Ulasan