Latihan Tatabahasa


Bahagian A: (10 markah)
Berikan perkataan yang seerti/seiras maknanya dengan perkataan yang bergaris bawah.

1.     Adik Sulaiman sangat cerdik.
A.         sombong
B.          degil
C.          pandai
D.         rajin

2.     Air sungai itu mengalir dengan deras.
A.         laju
B.          keruh
C.          cetek
D.         tenang

3.     Abang kelihatan bertambah segak dengan memakai dasi baru.
A.         kemeja
B.          tali leher
C.          tali pinggang
D.         topi

4.     Hati ibu menjadi duka mendengarkan berita itu.
A.         sedih
B.          marah
C.          penat
D.         sakit

5.     Kapal itu karam di tengah laut.
A.         berlabuh
B.          mundur
C.          belayar
D.         tenggelam

Bahagian B: (10 markah)

Berikan perkataan yang berlawan/berpasang maknanya dengan perkataan yang bergaris bawah.

6.     Badan Asma semakin kurus.
A.         kuat
B.          tinggi
C.          gemuk
D.         lemah
7.     Orang kaya itu sangat baik hati.
A.         miskin
B.          hodoh
C.          kecil
D.         murah

8.     Budak lelaki itu bukan kawan saya.
A.         datin
B.          puteri
C.          adinda
D.         perempuan

9.     Ruang bilik itu agak sempit.
A.         murah
B.          lapang
C.          kering
D.         mampat

10.    Seri bercita-cita untuk menjadi seorang biduanita.
A.         usahawan
B.          banduan
C.          biduan
D.         seniman

Bahagian C: (10 markah)

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.

11.    Budak nakal itu mengikat anak kucing itu dengan se______ tali.
A.         helai
B.          urat
C.          utas
D.         ulas

12.    Kakak sedang menulis se______ surat.
A.         helai
B.          pucuk
C.          keping
D.         potong

13.    Kakak memakai se______ anting-anting emas.
A.         pasang
B.          bentuk
C.          butir
D.         biji

14.    Emak memotong daging dengan menggunakan se_____________ parang.
A.         keping
B.          pucuk
C.          bidang
D.         bilah

15.    Abu membela beberapa ______ kambing.
A.         rawan
B.          ekor
C.          buah
D.         naskah

Bahagian D: (10 markah)

Isikan tempat kosong di bawah ini dengan kata penghubung yang sesuai.

16.    ______ hujan turun dengan lebat, Salmah tetap tidak mahu membawa payung.
A.         Sambil
B.          Walaupun
C.          Kerana
D.         Sejak

17.    Mereka duduk di bawah pokok ______ berbual-bual.
A.         walaupun
B.          atau
C.          hingga
D.         sambil

18.    Awak bersetuju ______ tidak dengan pendapat saya itu?
A.         atau
B.          dan
C.          kerana
D.         jika

19.    Adik makan kuih itu ______ habis.
A.         jika
B.          hingga
C.          dan
D.         sambil
20.    Abang berjumpa doktor ______ dia demam.
A.         walaupun
B.          hingga
C.          kerana
D.         atau

Bahagian E: (10 markah)

Isikan tempat kosong di bawah ini dengan kata simpulan bahasa yang sesuai.

21.    Dia akan bekerja dengan lebih rajin lagi kalau kamu memujinya.
A.         makan suap
B.          makan angkat
C.          makan hati
D.         makan budi

22.    Sekolah itu adalah untuk orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis.
A.         perigi buta
B.          buta hati
C.          buta huruf
D.         membabi buta
23.    Datuknya garang; bila marah mukanya merah padam.
A.         macam kera sumbang
B.          macam tikus hutan
C.          macam biawak hidup
D.         macam singa lapar
24.    Bapa lebih senang bekerja sendiri daripada bekerja dengan mendapat bayaran.
A.         makan gaji
B.          makan tidur
C.          makan angin
D.         makan curi
25.    Semua jiran tidak menyukai perangai lelaki itu kerana dia seorang pemabuk.
A.         kaki ayam
B.          kaki bangku
C.          kaki lima
D.         kaki botol

Bahagian F : (10 markah)

Bubuhkan imbuhan yang sesuai bagi setiap perkataan yang diberi. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di dalam ruangan yang disediakan.

Kita (perlu) ___________________ makanan yang seimbang. Jika kita tidak (amal) ___________________ makanan yang seimbang, kesihatan kita akan (jejas) ___________________  . Apa yang dimaksudkan sebagai makanan yang seimbang ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Makanan-makanan ini (kandung) ___________________ vitamin yang dapat membantu tubuh badan kita untuk (besar) ___________________.

Bahagian G: (10 markah)

Isikan tempat kosong ini dengan kata ganda yang sesuai.

lauk-pauk                   semaksamun              layanglayang
renyai-renyai              pingganmangkuk         riuh-rendah

26.    Keadaan di pasar itu sungguh ___________________.

27.    Emak memasak ___________________itu untuk majlis kenduri.

28.    Anita sedang mencuci ___________________di dapur.

29.    Petang tadi hujan turun dengan ___________________.

30.    Adik saya suka bermain ___________________.
Bahagian H : (10 markah)

Isikan tempat kosong ini dengan sepatah perkataan yang sesuai.

Pada suatu malam, sedang saya ___________________televisyen bersama keluarga, tiba-tiba rumah kami diketuk. Saya melihat keluar menerusi corong pintu dan ternampak seorang pemuda sedang berdiri.
Saya membuka ___________________pintu. Pemuda itu kelihatan agak gementar. Pemuda itu memberitahu saya bahawa dia telah___________________ kemalangan jalan raya. Kaki ___________________cedera. Bapa membantu orang itu manakala saya menelefon ambulans.

Bahagian I : (10 markah)

Susun perkataan-perkataan/frasa-frasa ini supaya menjadi ayat-ayat yang sempurna.
31.    pulang / kakak / sekolah / dari / baru / saya

32.    itu / ikan siakap / budak / menangkap / lelaki / berjaya / tiga
ekor

33.    kering / baju / ibu / jemur / yang / tadi / sudah / pagi

34.    harus / bertimbang rasa / diri / kita / sifat / menyemai / di dalam / anak-anak kita

35.    Salim / atau / tidak tahu / berjumpa / sama ada hendak / kawannya / tidak / dengan

Bahagian J : (10 markah)

Baca petikan karangan ini dengan teliti. Kemudian, pilih jawapan yang sesuai bagi setiap soalan di bawah ini.

Jiran saya ada memelihara seekor anjing. Setiap pagi, semasa hendak ke sekolah, saya akan berlalu di hadapan rumah jiran saya itu. Anjing itu akan menyalak dengan kuat. Pada mulanya saya berasa agak takut tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa dengan salakannya itu.

Pada suatu malam, sedang saya dan keluarga tidur, tiba-tiba kami terdengar salakan anjing jiran kami itu. Bapa membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat seorang pencuri sedang cuba memasuki rumah kami.

Melihatkan kehadiran bapa, pencuri itu pun segera beredar. Bapa segera menelefon polis.

36.    Apakah yang dipelihara oleh jiran pengarang?
A.         kucing
B.          angsa
C.          anjing
D.         tikus

37.    Apakah yang dilakukan oleh haiwan itu setiap kali pengarang lalu di hadapan rumah jirannya?
A.         melompat
B.          berlari
C.          menyalak
D.         merangkak

38.    Mengapakah pengarang berasa takut?
A.         kerana haiwan itu suka menggigit pengarang
B.          kerana haiwan itu sangat garang
C.          kerana jiran pengarang sangat sombong
D.         kerana rumah jiran pengarang berhantu

39.    Apakah yang berlaku pada suatu malam ketika pengarang sedang tidur?
A.         jiran pengarang menjerit meminta tolong
B.          seorang pencuri mengetuk pintu jirannya
C.          pengarang terdengar salakan anjing jirannya
D.         pengarang telah bermimpi

40.    Apabila terlihat bapa tercegat di pintu...
A.         pencuri itu terus masuk ke dalam rumah jirannya.
B.          pencuri itu pun diterkam oleh anjing itu.
C.          pencuri itu pun lari.
D.         pencuri itu pun menyerah diri.

 Rujukan :

http://tatabahasabm.tripod.com Latihan 3.1

2 Komen:

Blog27999 2/03/20, 6:51 PG  

As claimed by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason women in this country get to live 10 years longer and weigh on average 42 pounds less than we do.

(By the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING around "HOW" they are eating.)

BTW, What I said is "HOW", not "what"...

TAP on this link to discover if this short quiz can help you release your real weight loss possibilities

Unknown 3/03/20, 5:56 PG  

If you're looking to lose fat then you absolutely need to start following this brand new personalized keto diet.

To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are useful, decent, price-efficient, and satisfying.

Since their launch in January 2019, thousands of clients have already transformed their body and well-being with the benefits a proper keto diet can give.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones given by the keto diet.

Catat Ulasan

SELAMAT DATANG KE LAMAN NUKILANKU

Takwim